Fosil-Fosil Yang Tidak Dapat Ditemui Para Penyokong Evolusi
Sebagai Permulaan
Apa itu fosil
Fosil adalah bahagian-bahagian haiwan atau tumbuhan yang telah lama mati - selalunya beratus-ratus tahun. Ia diawet dalam formasi batu di dalam kerak bumi. Untuk membolehkan satu tumbuhan atau haiwan menjadi fosil, ia hendaklah ditanam seberapa segera selepas kematiannya. Contohnya, jika terdapat seekor burung di atas tanah dan satu timbunan pasir jatuh menimpanya menyebabkan kematiannya. Bangkai burung ini mungkin selamat sehingga sekarang. Selalunya, damar sepohon pokok telah difosil oleh proses geologi dan ia dikelai sebagai “ambar”. Kadang kala, ambar ini jatuh menimpa serangga, dan serangga ini mati di dalam ambar. Dengan cara ini, ia menjadi keras, dan ambar dan serangga ini diawet tanpa kerosakan selama berjuta-juta tahun sehingga kini. Dengan itu, kita dapat mempelajari tentang makhluk-makhluk yang hidup dahulu. Bangkai makhluk inilah yang dikenali sebagai fosil. Kamu dapat melihat sebahagian daripada fosil-fosil ini di halaman sebelah.
Fosil seekor semut berusia 100 juta tahun. Seperti yang kamu lihat, semut yang berusia seratus juta tahun adalah sama dengan semut yang terdapat hari ini. Dengan kata lain, ia tidak berubah.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Fosil “Bentuk Peralihan”?
Pembohongan utama yang dilakukan oleh para penyokong evolusi ialah “bentuk-bentuk peralihan”. Di dalam sebahagian buku-buku para penyokong evolusi, kadang kala ia digelar “bentuk peralihan lanjutan”.
Seperti yang kamu sedia maklum, para penyokong evolusi mendakwa bahawa makhluk berkembang daripada satu sama lain. Mereka mendakwa makhluk pertama terbentuk secara kebetulan. Lama kelamaan ia berubah menjadi makhluk lain, dan makhluk ini juga berubah menjadi makhluk lain dan begitulah seterusnya. Mari kita gambarkan keadaan ini dengan satu contoh: Para penyokong evolusi mendakwa ikan berasal daripada satu makhluk seperti tapak sulaiman. Ini bererti, disebabkan mutasi, suatu hari seekor tapak sulaiman kehilangan tangannya, dan dalam tempoh berjuta-juta tahun kemudian ia telah pun kehilangan semua tangan-tangannya melainkan beberapa daripadanya telah berubah menjadi sirip. Dalam masa yang sama, semua perubahan yang diperlukan untuk mengubah sekor tapak sulaiman menjadi seekor ikan telah berlaku. (Adalah mustahil perkara seperti ini berlaku, tetapi kami hanya mahu membina sebuah senario!). Berdasarkan kisah para penyokong evolusi, tapak sulaiman ini perlu melalui berbagai peringkat untuk berubah menjadi seekor ikan. Jika kamu melihat pada lukisan di bawah kamu akan mengetahui betapa mustahilnya dakwaan ini.
Makhluk-makhluk yang melalui peringkat-peringkat di antara dua spesies sebenar dikenali sebagai bentuk-bentuk perantaraan. Tambahan pula, mengikut teori evolusi, makhluk-makhluk ini mempunyai organ-organ separuh sempurna. Oleh itu, sudah pasti terdapat banyak bentuk perantaraan seperti ikan yang mempunyai separuh kaki dan separuh sirip, separuh paru-paru dan separuh insang. Jika makhluk-makhluk ini benar-benar wujud, sudah tentu kita dapat menemui saki bakinya, iaitu fosilnya, tetapi sehingga kini kita masih tidak menemui walaupun satu bentuk perantaraan yang para penyokong evolusi dakwa pernah wujud.
Berjuta-juta fosil ikan dan tapak sulaiman telah ditemui. Tetapi, tidak satu pun fosil bentuk perantaraan – seperti terdapat di dalam kisah para penyokong evolusi – yang membuktikan bagaimana tapak sulaiman berubah kepada ikan.
Fosil ikan berusia 50 juta tahun
Fosil tapak sulaiman berusia 100-150 juta tahun
Di dalam gambar di atas, kamu dapat lihat fosil ikan dan tapak sulaiman dan bentuknya kini. Tidak satu pun perubahan telah berlaku. Ia kelihatan seperti bentuknya berjuta-juta tahun dahulu.
Fosil ketam berusia 150 juta tahun
Dapatkah kamu kesan sebarang perbezaan di antara keduanya?
Dapatkah kamu kesan sebarang perbezaan di antara keduanya?
Berjuta-juta fosil ikan dan tapak sulaiman telah ditemui. Tetapi, tidak satupun fosil bentuk perantaraan seperti terdapat di dalam kisah para penyokong evolusi - yang membuktikan bagaimana tapak sulaiman berubah kepada ikan.
Di dalam gambar di bawah, kamu dapat lihat fosil ikan dan tapak sulaiman dan bentuknya kini. Tidak satupun perubahan telah berlaku. Ia kelihatan seperti bentuknya berjuta-juta tahun dahulu.
Seekor landak duri moden dan fosil landak duri berusia 125 juta tahun
Seekor buaya moden dan fosil buaya berusia 190 juta tahun
Seekor ikan pari moden dan fosilnya berusia 75 juta tahun
Seekor ikan jerung moden dan fosil jerung berusia 400 juta tahun
Seekor belalang moden dan fosil belalang berusia 400 juta tahun
Seekor cicak moden dan cicak yang telah terfosil di dalam getah pokok berusia 90-94 juta tahun
Seekor katak moden dan katak yang terfosil di dalam getah pokok berusia 90-94 juta tahun
Kamu melihat fosil-fosil beberapa makhluk di dalam halaman-halaman ini. Di sebelah mereka adalah gambar-gambar makhluk yang sama keadaannya pada hari ini. Seperti yang dapat kamu saksikan, tiada perubahan telah berlaku di dalam makhluk-makhluk ini berjuta-juta tahun dahulu. Hari ini, mereka kelihatan sama seperti mana mereka telah dijadikan Allah dahulu. Tidak satu pun telah berubah kepada spesies yang lain.
Seekor siput pilin dan fosil siput pilin berusia 450 juta tahun
Seekor kura-kura dan fosil kura-kura berusia 50 juta tahun
Seekor udang dan fosil udang berusia 195 juta tahun
Seekor pepatung dan fosil pepatung berusia 150 juta tahun
Hiç yorum yok:
Yorum Gönder