19 Mayıs 2016 Perşembe

Pengenalan

Pengenalan

hayvanlar

Adik-adik!

Pernahkah adik terfikir?
“Bagaimana alam ini terbentuk?”
“Bagaimana matahari dan bulan terbentuk?”
“Di manakah adik-adik sebelum dilahirkan?”
“Bagaimana lautan, pokok-pokok, dan haiwan muncul?”
“Bagaimana buah-buahan yang harum dan berwarna-warni, seperti pisang, plam, ceri dan strawberi, dapat muncul daripada tanah yang hitam? Siapa yang memberikan warna dan bau kepada mereka?”
“Daripada siapakah lebah yang kecil ini belajar membuat madu yang begitu enak?” Bagaimana ia membuat sarang yang mempunyai persimpangan-persimpangan yang lancar?”
“Siapakah manusia pertama?”
Ibu kamu telah melahirkan kamu. Tetapi manusia pertama tidak mungkin mempunyai emak dan bapa. Jadi, bagaimana manusia pertama muncul?”
resimler
Di dalam buku ini, kamu akan mempelajari jawapan sebenar untuk semua soalan-soalan ini.
Tahukah kamu jawapan sebenar? Semua yang kamu saksikan di keliling kamu, termasuk diri kamu, kawan-kawan, ibu bapa, bumi, matahari, makanan kegemaran kamu, pisang, ceri, strawberi, bunga ros berwarna-warni, bunga violet, haruman semerbak, manusia, kucing, anjing, semut, lebah, kuda, burung dan rama-rama, ringkasnya semua yang telah dicipta oleh Allah.
Kami menyoal kamu, “Pernahkah anda terfikir: dari manakah lebah yang kecil ini belajar menghasilkan madu yang begitu lazat?” Allahlah yang telah mengajar lebah ini untuk menghasilkan madu.
hayvanlar
hayvanlar
aslan, kelebek, kurbağa, gül
papatya, arı
Terdapat mereka yang menceritakan tentang perkara-perkara ini. Mereka tidak percaya Allah telah mencipta segala-galanya dan mereka mereka-reka cerita tentangnya. Mereka digelar “penyokong evolusi” dan kisah yang mereka ceritakan dinamakan “evolusi”.
Kami mahu anda mempelajari kebenaran, dan kerana itulah kami memulakan dengan memberitahu kamu perkara-perkara yang benar. Di bahagian kedua buku ini, kami akan menunjukkan bagaimana mereka yang mempercayai evolusi menipu manusia. Selepas kamu membaca buku ini, sekiranya pada suatu hari ada sesiapa yang meminta kamu mempercayai teori evolusi ini, kamu boleh memberitahu mereka teori evolusi tidak benar, dan Allah adalah Pencipta segala benda.

Ragamana Alam Semesta ini Terbentuk?

Ragamana Alam Semesta ini Terbentuk?

Tahukah kamu apakah alam semesta itu? Ia adalah ruang yang tidak terbatas dan dia mempunyai segala-galanya, bumi, matahari, bulan, planet-planet dan bintang-bintang. Walaupun kamu berjalan berjuta-juta batu kamu tidak akan dapat sampai ke penghujung ruang ini, sebaliknya kamu akan sampai ke titik permulaannya. Puncanya ialah kerana angkasa ini terlalu luas untuk digambarkan.
uzay
Bumi wujud di dalam ruang yang tidak terbatas ini. Bersama dengan bumi, matahari, bulan, dan berjuta-juta bintang juga wujud bersama.
uzay
Jadi bagaimana semua benda-benda ini terbentuk?
dünya
Bumi
ay
Bulan
Güneş
Matahari
Contohnya, bagaimana matahari boleh tercipta? Atau bagaimana bumi kita muncul?
Ada dua bentuk respons kepada soalan ini. Salah satu daripada respons-respons ini adalah benar dan yang satu lagi salah. Mereka yang memberikan respons yang salah hanya mempercayai teori evolusi. Di dalam halaman berikutnya, kami akan menunjukkan kepada kamu respons yang salah terlebih dahulu dan kemudian respons yang benar pula.
bilgisayar
Jika seorang kawan kamu memasukkan sedikit tanah, batu-batu dan sedikit air ke dalam sebuah kotak dan kemudian mengatakan kepada kamu bahawa selepas menanti beberapa tahun sebuah komputer terbentuk daripada kotak ini, apakah kamu tidak akan mentertawakannya?
Respons Yang Salah:
Mereka yang memberikan respons yang salah menyatakan: Alam semesta ini telah sedia ada dan ia muncul dengan sendirinya. Iaitu, berbagai bahan telah berkumpul dengan sendirinya secara kebetulan dan membentuk matahari, bintang-bintang, bumi, lautan, pokok-pokok, sungai-sungai dan bukit bukau.
Apakah kamu fikir pandangan ini tidak logik? Jika seorang sahabat kamu datang dan memberitahu kamu: “Saya telah memasukkan sedikit tanah, batu-batu, dan sedikit air ke dalam sebuah kotak besar. Saya menanti selama beberapa tahun dan kemudian sebuah komputer telah muncul dari kotak ini.” Apakah kamu akan mempercayainya? Kamu mungkin menyangkakan sahabat kamu ini hanya bergurau, berbohong atau gila.
Para Penyokong Evolusi secara terbuka menceritakan kisah panjang seperti ini. Sebuah komputer tidak dapat muncul dengan sendirinya hasil daripada kebetulan. Pertama, seseorang akan merancang bagaimana bentuk komputer ini, dan memilih komponen mana yang perlu digunakan. Kemudian di dalam kilang-kilang besar, jurutera-jurutera, juruteknik-juruteknik dan pekerja berkumpul. Kemudian mereka menggunakan mesin yang besar untuk membentuk komputer tersebut. Oleh itu, apabila kamu melihat sebuah komputer kamu akan tahu ia tidak terbentuk dengan sendirinya. Bukankah lebih wajar jika dikatakan manusia yang bijak telah membuat komputer?
Matahari, bumi dan tumbuh-tumbuhan adalah lebih besar daripada sebuah komputer. Oleh itu, jika ada orang yang membuat komputer, tentu ada satu kuasa yang mencipta matahari, bumi, bulan dan bintang-bintang.
Respons Yang Betul:
Apakah anda mengerti apakah yang dimaksudkan dengan respons yang baik itu? Allah adalah Pencipta kepada matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Segala-galanya di dalam alam ini begitu sempurna dan teratur. Kerana Allah mencipta alam ini, dan Dia telah meletakkan segala sesuatu pada tempatnya.

Bagaimana Allah Mencipta Alam Semesta Ini?

Para pakar sains telah melakukan satu penemuan penting pada tahun-tahun mutakhir ini. Penemuan penting itu ialah sebelum alam ini terbentuk, tidak wujud benda lain. Tiada tanah, udara, air, dan tiada bintang-bintang; malah tiada ruang. Di dalam kekosongan ini, terdapat satu titik kecil. Titik ini terlalu kecil sehinggakan sukar untuk mata kita melihatnya. Berbagai bahan telah dimampatkan bersama di dalam titik kecil ini. Kemudian, pada satu ketika titik ini meletup. Apabila ia meletup, semua bahan yang termampat di dalamnya telah berselerakan. Selepas itu, pecahan-pecahan bahan ini akan bergabung untuk membentuk atom-atom yang pertama, kemudian daripada atom-atom ini, bintang-bintang, matahari, bumi dan planet-planet lain. Pakar sains menamakan letupan ini “Big Bang”. Semua yang terdapat di dalam alam semula jadi ini adalah hasil daripada Big Bang ini.
evren
Di sini kamu perlu memikirkan sesuatu yang sangat penting. Bayangkan sekiranya kamu memasukkan pecahan-pecahan satu teka jigsaw (puzzle) ke dalam sebuah belon secara rawak. Selepas itu, kamu masukkan udara dan kemudian secara tiba-tiba pecahkannya. Seolah-olah belon tersebut telah “meletup”. Apa berlaku kepada pecahan-pecahan jigsaw yang kamu masukkan ke dalam belon tersebut? Bolehkah pecahan-pecahan ini membentuk sebuah vila atau sebuah lapangan terbang - sesuatu yang kamu sendiri tidak dapat lakukan - di dalam bilik kamu? Atau adakah ia akan berselerak di serata bilik kamu? Sudah tentu, ia akan berselerak di dalam bilik kamu. Kamu perlu menyusun pecahan-pecahan jigsaw tersebut untuk membentuk sebuah lapangan terbang atau sebuah rumah.
Allah adalah Pencipta kepada “Big Bang” ini, Pengatur kepada bahan-bahan yang berselerakan di angkasa selepas “Big Bang”. Dengan mengumpulkan bahan-bahan ini, dia juga adalah Pencipta matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Apabila Allah menghendaki sesuatu Dia hanya berkata “Jadi” maka jadilah ia. Allah Yang Maha Besar dan Dia Yang Paling Perkasa. Kekuatannya mampu melakukan apa sahaja. Apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia dapat menciptanya sekelip mata.
Allah telah menurunkan kepada kita kitab-Nya “Al-Quran” di mana Dia telah menerangkan tentang diri-Nya dan ciptaan-Nya kepada kita. Kita dapat mencari jawapan yang betul kepada setiap soalan daripada Al-Quran dan As-Sunnah (cara hidup Nabi Muhammad SAW). Sebagai contoh, apabila kita bertanya, “Bagaimana Allah mencipta segala-galanya?” Allah membalas di dalam Al-Quran dengan berkata:
(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (Surah Al-An’am: 101)

Allah Menjadikan Bumi Untuk Kita

Allah telah mencipta bumi, matahari, bintang-bintang dan bulan. Jadi bagaimana semua hidupan di bumi ini muncul? Bayangkan sebuah planet gergasi dengan permukaan yang sama sekali kosong. Tiada manusia atau binatang, tiada tumbuh-tumbuhan atau serangga.
Bumi telah dihiaskan dengan begitu terperinci untuk membolehkan hidupan hidup. Allah telah memberikan semua perincian ini. Jika tidak, tiada seorang pun yang dapat hidup, sama ada kamu, ibu bapa kamu, atau kawan-kawan kamu.
Mari kita kaji bagaimana Allah menjadikan bumi ini untuk membolehkan hidupan hidup:
    1. Fikirkan... betapa tersusunnya segala benda di alam ini. Matahari telah diletakkan pada tempat di mana ia dapat memanaskan kita dan pada masa yang sama memberikan cahaya kepada kita. Sekiranya tiada matahari, pasti tidak ada sebarang hidupan di muka bumi ini. Sama ada kita, tidak juga haiwan-haiwan atau sebarang makhluk lain tidak mungkin dapat hidup.
    2. Allah juga telah menjarakkan matahari daripada kita pada jarak yang tepat. Sekiranya bumi hanya sedikit hampir kepada matahari, kepanasannya pasti akan membakar bumi dan kita pasti tidak dapat hidup. Jika bumi ini hanya sedikit jauh daripada matahari, glasier pasti akan meliputinya dan sekali lagi, hanya sebahagian hidupan dapat hidup. Kerana itulah tidak terdapat hidupan di planet-planet lain, kerana sama ada ia terlalu rapat atau terlalu jauh daripadanya.
    3. Sebagaimana yang telah kamu ketahui, hidupan perlu bernafas untuk hidup. Kita memerlukan oksigen di udara untuk membolehkan kita bernafas. Kadar oksigen yang tepat di dalam udara diperlukan untuk membolehkan manusia bernafas. Sekiranya ia hanya sedikit terlebih atau terkurang, sama ada kita, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat hidup, kerana, seperti yang kita katakan sebentar tadi, kita perlu bernafas untuk hidup. Kerana itu, kita memerlukan oksigen.
    4. Salah satu benda paling penting yang membolehkan kita hidup ialah air. Tiada organisma dapat hidup tanpa air. Kerana itu, Allah telah menjadikan sebahagian besar bumi ini sebagai air. Satu pertiga permukaan bumi dipenuhi air. Bagaimanapun, tidak terdapat air di planet-planet lain atau di bulan yang kamu lihat pada waktu malam. Keperluan asas hidupan hanya terdapat di bumi.
manzaralar
“Dia (Allah) adalah Pencipta langit dan bumi...” (Surah Asy-Syura:11)
Banyak kejadian di bumi membolehkan kita hidup. Jika hanya satu daripada kejadian-kejadian ini tidak berlaku, tiada hidupan dapat selamat di bumi. Jadi, adakah mungkin beribu kejadian-kejadian ini telah berlaku secara spontan dan berlaku di tempat seperti bumi? Sudah tentu tidak. Tidak mungkin kejadian-kejadian ini berlaku secara kebetulan. Allah telah menjadikan bumi ini untuk manusia. Kerana itu, bumi adalah tempat paling sesuai untuk kita.
Kamu boleh memberikan contoh berikut kepada mereka yang mendakwa bumi ini dan seluruh cakerawala ini telah terbentuk secara kebetulan. Katakanlah kamu sedang bermain-main di pantai dan kamu melihat ombak besar menghampiri, jadi kamu pulang ke rumah. Apabila kamu kembali ke pantai beberapa jam kemudian, kamu melihat tanda yang hebat. Di pantai kamu melihat terdapat sebuah bandar terbentuk daripada pasir. Terdapat rumah-rumah, hospital-hospital, sebuah lapangan terbang dan bas-bas. Malah terdapat sejumlah manusia. Kamu bertanya kepada seorang sahabat yang melalui tempat tersebut sama ada dia mengetahui bagaimana semua ini berlaku. Sekiranya dia menjawab, “Saya rasa ombak besar yang sampai ke pantai ini telah membentuknya”, apa yang akan kamu fikirkan? Tidakkah kamu akan mengesyaki kawan kamu itu hanya berimaginasi, atau mungkin kamu akan ketawa memikirkan dia mungkin hanya bergurau atau gila?
kumdan kale
Kamu sedang bermain di tepi pantai dan, tiba-tiba, ombak besar datang. Oleh itu, kamu pulang ke rumah dengan segera. Apabila kamu kembali ke pantai beberapa jam kemudian, kamu melihat satu petanda yang menakjubkan.
Apakah Kamu Fikir Ini Mungkin Berlaku?
Terdapat sebuah istana pasir yang indah di pantai. Tidak mungkin ombak-ombak besar itu telah membentuknya “secara kebetulan”.
Tidak mungkin sebuah bangunan cantik dan rapi dapat terbentuk secara kebetulan, dan dengan cara yang sama juga adalah mustahil hidupan dapat muncul di bumi ini secara kebetulan.
Tidak Mungkin!
Adalah mustahil untuk ombak-ombak ini membentuk sebuah bandar yang sempurna daripada pasir secara tidak sengaja. Adalah tidak masuk akal sesiapa yang mahir dalam membina bandar seperti itu telah datang, membinanya dan kemudian meninggalkannya.
Bagaimanapun, sebahagian manusia - walaupun mereka terdiri daripada profesor atau pakar sains - telah menerima idea karut ini. Mereka tidak akan menyatakan, “Ombak telah membentuk bandar pasir tersebut”, tetapi mereka akan menyatakan, “Pecahan kecil benda, yang dinamakan sebagai atom, telah berkumpul secara kebetulan dan ia membentuk matahari, bintang-bintang dan bumi, segalanya dilakukan dengan sendirinya”. Kerana mereka tidak mahu mengakui Allah telah mencipta segalanya. Mereka mempertahankan yang salah tanpa mempercayai yang benar. Kami akan menerangkan siapa mereka dengan lebih terperinci di akhir buku ini.

Perisai Pelindungan Di Sekeliling Bumi: Atmosfera

Tahukah anda setiap hari banyak meteor jatuh ke bumi?
Apabila meteor-meteor jatuh di planet-planet lain, ia membentuk kawah-kawah gergasi, tetapi apabila ia jatuh ke bumi, ia tidak menjejaskannya.
Jadi bagaimana meteor-meteor yang menyebabkan kerosakan yang teruk kepada permukaan planet-planet lain tetapi tidak memberi apa-apa kesan kepada bumi?
Ia disebabkan oleh atmosfera yang mengelilingi bumi. Atmosfera mengelilingi planet kita sebagai perisai perlindungan. Sebuah meteor memasuki atmosfera menyusut melalui pembakaran. Apabila ia menghampiri permukaan bumi, ia menjadi semakin kecil. Oleh itu, meteor tersebut menjadi sangat kecil atau berkurangan dan hilang sepenuhnya apabila ia mencecah permukaan bumi, dan tidak memudaratkan kita.
atmosfer
Meteor dan batu-batu yang pecah dari planet-planet atau sisa jisim daripada bintang-bintang. Ia berterbangan di angkasa, dan dari masa ke semasa jatuh ke permukaan planet menyebabkan kerosakan yang teruk. Tetapi kerana Allah telah menyaluti planet kita dengan satu perisai perlindungan, ia tidak menjejaskan kita.
Atmosfera mengelilingi bumi sebagai perisai keselamatan. Terima kasih kepada atmosfera, kita terpelihara daripada banyak ancaman tanpa kita sedari.
Atmosfera ini tidak hanya melindungi kita daripada meteor tetapi ia juga menyerap sinaran berbahaya daripada matahari. Sekali lagi, sekiranya sinaran berbahaya ini dapat mencecah permukaan bumi, mustahil bagi hidupan untuk selamat.
Dua ciri yang kami sebutkan di sini adalah lebih daripada cukup untuk menunjukkan kepada kita atmosfera bukan benda sebarangan. Allah telah menjadikan atmosfera, dan dengan atmosfera ini Dia melindungi kita daripada bahaya.

Adakah Atom Dapat Berfikir?

Seperti yang dijelaskan terdahulu, selepas berlaku Big Bang, unsur-unsur telah bercantum sebagai ATOM. Tahukah anda apa itu atom?
Biar kami terangkan kepada kamu apa itu atom. Kita boleh samakan atom ini dengan guli. Tetapi guli ini terlalu kecil, yang belum pernah kamu lihat sebelum ini.
Sekarang lihat sekeliling kamu! Semua yang kamu lihat di dalam realiti dibuat daripada guli-guli, yang dinamakan atom. Kerusi tempat kamu sedang duduk, buku di tangan kamu, emak kamu, cikgu kamu di sekolah, televisyen yang kamu tontoni, buah apel, tembikai, dan coklat di dapur, binatang peliharaan kamu, air, bunga-bunga di taman kamu, barang permainan kamu, dan malah tubuh badan kamu, semuanya terbentuk daripada atom. Seperti yang telah kami terangkan sebelum ini, bintang-bintang dan matahari yang membentuk cakerawala dan dunia yang kita huni kini juga terbentuk daripada atom seperti kamu. Di semua tempat yang kamu pergi dan setiap selekoh yang kamu belok, terdapat atom.
atomlar
Kamu tidak dapat melihat benda kecil yang kita namakan atom ini, kerana ia lebih kecil daripada apa yang kamu bayangkan. Ia terlalu kecil sehinggakan dengan menggunakan mikroskop yang paling besar pun tidak akan dapat melihat walau satu daripadanya. Untuk memahami betapa kecilnya atom ini, perhatikan contoh ini:
Bayangkan kamu mempunyai kunci di dalam tangan kamu. Sudah pasti kamu tidak dapat melihat atom-atom yang membentuk kunci ini. Jika kamu katakan, “Saya mesti melihat atom-atom ini”, kamu perlu membayangkan kunci tersebut sebesar bumi. Jika kamu dapat mengambarkan kunci tersebut sebesar bumi ini semua atom-atom di dalamnya akan menjadi sebesar buah ceri dan kamu akan dapat melihatnya.
Jadi, bagaimana semua atom-atom ini bercantum selepas Big Bang? Atom-atom ini tidak hidup. Mereka tidak mempunyai minda atau kebijaksanaan. Mereka tidak dapat membuat sebarang keputusan. Mereka tidak dapat berkata, sebagai contoh, “Mari sini, mari kita bergabung dan membentuk sebutir bintang” atau “Mari mendekati ku dan membentuk bumi”. Kita juga boleh membuat contoh seperti berikut: Kami telah menjelaskan tentang jigsaw. Ceraian jigsaw ini tidak hidup, dan seperti juga atom, mereka tidak dapat membuat sebarang keputusan. Jika kamu selerakkannya, ia tidak dapat berfikir seperti “Mari kita bercantum dan membentuk sebuah istana atau seorang manusia!”
Mari kita berfikir: “Bagaimana semua bintang-bintang, planet-planet, manusia dan haiwan-haiwan yang terbentuk daripada atom-atom ini dapat terhasil? Jika atom-atom tidak membuat keputusan ini, jadi siapa yang mencantumkan mereka?”
Sudah tentu, setiap benda di keliling kita tidak dapat terjadi secara kebetulan. Allah telah menyatukan atom-atom ini. Allah telah membentuk angkasa luas ini, planet-planet, bintang-bintang, bumi, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia daripada atom.

Bagaimana Manusia Terbentuk Daripada Atom?

Kami telah sebutkan bahawa atom-atom telah bercantum untuk membentuk manusia, tetapi, sudah tentu, kamu tertanya-tanya bagaimana ia berlaku. Pertama, atom-atom bergabung untuk membentuk SEL. Sekali lagi, kita mempelajari sesuatu yang baru: Apakah sel?
Badan semua organisma hidup terbentuk daripada sel-sel. Walaupun, sel ini tidak sekecil atom tetapi kamu tidak dapat melihatnya dengan mata kasar kamu. Kami akan cuba menjelaskan saiznya yang kecil ini dengan contoh berikut: Jika kita kumpulkan kira-kira 10,000 sel, kita hanya dapat membentuk saiz sebesar kepala pin. Kerana itulah kamu tidak dapat melihatnya. Tetapi sel adalah blok binaan manusia, semut, kucing, bunga ros, pokok, dan semua organisma-organisma hidup si sekeliling kamu. Kamu, contohnya, terbentuk daripada bertrilion sel. Jadi, dari manakah semua bertrilion sel ini datang?
Lihat adik kamu. Dia tiada dua tahun dahulu, kemudian tiba-tiba dia muncul dan perlahan-lahan dia membesar. Bagaimana kejadian ajaib ini berlaku?
Adik kamu bermula daripada satu sel di dalam badan ibu kamu. Tetapi sel tunggal ini menyimpan banyak maklumat-maklumat penting di dalamnya. Semua maklumat yang membentuk adik kamu sebagaimana dia sekarang telah disimpan di dalam sel ini: warna matanya, warna rambut, ketinggian dan sebagainya.
bebek evreleri
Hari 1Minggu 1Bulan 1Bulan 2Bulan 3Bulan 4Bulan 6Bulan 8
Kemudian sel ini mula membesar dan mula membahagikan dirinya. Mulanya, ia berpecah kepada dua sel. Bagaimanapun, terdapat satu peristiwa yang akan menarik perhatian kamu: Maklumat di dalam sel tidak terbahagi dua. Ini bererti maklumat yang sama telah disalin semula ke dalam dua sel. Selepas itu, sel-sel ini terus membahagikan diri dan penyalinan maklumat yang sama berlaku di dalam setiap satu daripadanya, menghasilkan banyak sel dengan maklumat yang sama. Kemudian semua sel-sel ini akan membahagikan diri kepada yang lain, dan yang lain membahagikan diri kepada yang lain pula. Proses ini terjadi sehingga berjuta-juta sel terbentuk.
bebekler
Ketika semua ini berlaku, sesuatu yang tidak dapat kamu bayangkan telah berlaku! Sel-sel ini, walaupun mempunyai maklumat-maklumat yang berbeza, melakukan tugas-tugas berbeza di antara satu sama lain. Sebahagian daripadanya membentuk kulit adik kamu. Sebahagian yang lain membentuk otot-ototnya, yang lain pula tengkoraknya, dan saraf-saraf otaknya.
bebek
Ketika sel-sel ini terus menyalin diri, sejumlah sel-sel seperti bentuk bola mula terbentuk. Seperti yang dapat kamu dilihat di dalam gambar pada bahagian atas halaman ini, mulanya kepala adik kamu muncul, diikuti dengan tangan-tangan dan kaki-kakinya yang kecil. Sel-sel ini terus membesar dan membahagikan diri dan selepas sembilan bulan, ia bertukar menjadi seorang bayi yang sempurna. Kamu berjumpa dengannya pertama kali setelah dia “dilahirkan”.
Segala yang kami sebutkan setakat ini mungkin memeranjatkan kamu. Kamu mungkin akan terfikir tentang mengapa sel-sel ini melakukan tugas-tugas berbeza atau bagaimana mereka dapat bergabung di dalam bentuk yang sempurna. Allahlah yang telah melakukan semua ini. Sel-sel ini amat kecil sehinggakan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Seperti atom, adalah mustahil untuk sel-sel ini untuk membuat keputusan sendiri atau bergabung sendiri untuk membentuk seorang manusia. Adalah tidak masuk akal untuk memikirkan adik kamu atau manusia lain telah terbentuk daripada sel-sel yang bergabung secara kebetulan.
Allah, Pencipta semua ini, telah menjadikan manusia dengan sempurna dan Dia telah memberitahu mereka untuk memikirkan tentangnya di dalam Kitab yang diturunkan kepada kita:
Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apapun? (Surah Maryam:67)
Kamu, seperti juga adik kamu dan manusia lain, mula membesar daripada satu sel tunggal, yang terus membesar dan berubah menjadi seorang manusia sepenuhnya. Sekarang ini, kamu hidup dengan kehidupan yang baik di dunia ini. Kamu terhutang budi kepada Allah. Allah telah menunjukkan rahmat-Nya kepada kamu dan memberkati kamu. Oleh itu, jangan sekali-kali kamu terlupa untuk mengucapkan syukur kepada Pencipta kamu, Allah.

Ini Tubuh Kita

Ini Tubuh Kita

Badan kita adalah organisma sempurna yang membolehkan kita hidup di bumi ini dengan selesa, untuk berlari dan bermain, untuk membaca dan menulis dan, ringkasnya, ia membolehkan kita melakukan sebarang aktiviti. Organisma-organisma ini amat indah hingga tidak seorang pun dapat menyamakan mereka dengan mana-mana teknologi maju.
Bagaimana kamu mengenali tubuh kamu sendiri, yang bekerja tanpa henti dan dapat memperbaiki dirinya sendiri apabila rosak?
besinler
1. Air
2. Protein
3. Karbohidrat
4. Mineral
5. Lemak
Tahukah kamu tubuh kamu terdiri daripada lemak, protein, air, karbohidrat dan mineral?

Jendela Kita Ke Dunia Luar: Mata

Setiap organ di dalam badan kita amat penting kepada kita. Hidup kita akan berubah sekiranya kita kehilangan satu daripadanya. Sebagai contoh, mata kita... Dapatkah kamu fikirkan apa yang dapat kamu lakukan jika kamu tidak mempunyai mata? Kamu tidak akan dapat mengetahui bagaimana rupa paras ibu bapa kamu, adik beradik, atau kawan-kawan. Kamu tidak dapat melihat semua benda-benda yang indah ini. Kamu tidak dapat bermain permainan yang kamu main sekarang. Kamu tidak akan dapat membaca buku ini dan melihat gambar berwarna-warni di dalamnya. Kamu tidak dapat membayangkan bagaimana rupa seekor arnab atau seekor anjing, kerana kamu tidak pernah melihatnya. Kamu tidak dapat melihat kartun di TV. Kamu tidak dapat melakukan aktiviti kamu dengan mudah. Kamu mungkin tidak dapat mencari jalan di sekitar rumah kamu. Kamu tidak dapat melihat sebarang warna atau bentuk, kamu juga tidak dapat mengenali warna atau mengenal pastinya. Senarai ini tidak akan habis.
Allah menjadikan setiap manusia dengan mata yang membolehkan mereka melihat. Allah telah memberikan manusia anugerah berharga ini.
Mata kita memainkan fungsi paling penting. Ia menjalankan proses-proses penting yang tidak kita sedari, dan hanya selepasnya kita dapat melihat sekeliling.
görme
Mari kita kaji secara ringkas bagaimana kita melihat:
Setiap objek di dunia ini memantulkan dan memancarkan cahaya ke sekelilingnya. Sebagai contoh, semasa kamu melihat buku ini, cahaya yang terpantul dan terpancar daripada buku tersebut sampai ke belakang mata kamu melalui pupil.
Cahaya ini, setelah melalui satu siri proses di belakang mata kamu, telah ditukar menjadi isyarat elektrik. Isyarat elektrik ini sampai ke otak kamu. Di belakang otak kamu terdapat pusat penglihatan yang membolehkan kamu melihat. Pusat penglihatan ini adalah sebuah tempat yang kecil. Di kawasan kecil inilah isyarat elektrik ini membentuk imej buku ini dan ia berlaku ketika kamu melihat buku ini.
Untuk menerangkan secara ringkas proses-proses ini sahaja telah memakan masa, sedangkan proses ini berlaku dengan pantas. Proses-proses ini berlaku secepat kamu melihat buku ini, pada kelajuan yang tidak dapat kamu melihatnya.
Bukankah ia merupakan satu sistem yang sangat sempurna? Jika kamu masih ingat kami telah menyebutkan tentang para penyokong evolusi sebelum ini. Kami juga menyebut bahawa mereka ini percaya bumi, alam semesta, bintang-bintang dan semua hidupan adalah hasil daripada kebetulan. Mereka yang berkata demikian juga berkata perkara yang sama tentang mata. Mereka berkata, “Mata telah terbentuk dengan sendirinya secara kebetulan.” Dapatkah sebuah sistem yang kompleks dan indah terbentuk dengan sendirinya? Kami berikan satu contoh untuk menjelaskan betapa mengarutnya pendapat ini:
Jurutera-jurutera telah menghasilkan kamera fotografi dan kamera video dengan meniru mata manusia. Bagaimanapun, tidak satu pun peralatan ini dapat memberikan gambaran yang jelas seperti mata kamu. Sekarang angkat kepala kamu daripada buku ini dan lihat sekeliling kamu. Tidakkah pandangan kamu begitu jelas? Tidak terdapat sebarang kekaburan, bintik-bintik putih atau garisan terputus di dalam penglihatan kamu. Sering berlaku, kamu melihat bintik-bintik putih atau garisan-garisan terpisah di dalam satu imej. Walaupun ini semua tidak terjadi dan dengan semua teknologi terkini, televisyen masih tidak dapat menghasilkan imej yang sempurna seperti mata kamu.
Sekarang, mari kita fikirkan sejenak. Ini menunjukkan mata kamu adalah jauh lebih maju dan berkualiti daripada kamera video atau kamera fotografi atau televisyen. Apa yang akan kamu lakukan sekiranya seseorang datang kepada kamu dan berkata seperti berikut?
şimşek
“Telah berlaku satu ribut taufan yang menyebabkan kabel-kabel elektrik, skru-skru, penukul-penukul, pemutar skru terbang keluar pintu dan tingkap untuk keluar daripada rumah, dan kemudian semuanya berkumpul di halaman.

televizyon
Kemudian ia ditimpa hujan dan petir dan semua bahan-bahan ini bercampur-aduk dengan tanah. Setelah berlalu beberapa lama dan saya melihat sebuah televisyen muncul.” Adalah mustahil untuk sebuah televisyen membentuk dirinya sendiri.
Apakah mungkin mata kamu yang jauh lebih berkualiti daripada televisyen, dapat terbentuk dengan sendirinya? Sudah tentu tidak! Sebagaimana sebuah televisyen tidak dapat terbentuk dengan sendirinya, sebaliknya seseorang telah membuatnya, mata kita juga bukan hasil daripada kebetulan. Allahlah yang telah menjadikan mata kita yang dapat melihat imej tiga dimensi dan berwarna dengan begitu jelas. Kerana itulah kita perlu bersyukur kepada Allah di atas segala keindahan yang kita saksikan.

Telinga Kita Yang Dapat Mendengar Tanpa Sebarang Gemercikan

kulaklarımız, işitme
Allah telah menjadikan telinga kita sempurna seperti mata. Bayangkan sebuah stereo, sebagai contoh. Walaupun kamu memasang stereo terbaik, kamu tetap akan mendengar bunyi gemercikan dan desiran. Rangkaian radio sering bercampur aduk. Sekarang, jangan bercakap tapi dengar sahaja! Dapatkah kamu mendengar sebarang bunyi desiran? Telinga kamu tidak akan menghasilkannya. Kamu mendengar suara dengan begitu jelas sekali. Jadi apakah kamu merasakan telinga kamu juga menghasilkan bunyi gemercikan seperti stereo? Allah telah menjadikan telinga kita dengan sempurna dan kita dapat mendengar bunyi di sekeliling kita tanpa sebarang gangguan.
Allah telah menjadikan telinga kita sedemikian rupa sehinggakan kita tidak dapat mendengar bunyi-bunyi yang akan mengganggu kita. Darah di dalam tubuh kita, sebagi contoh, mengalir dengan begitu pantas dan ia menghasilkan bunyi yang banyak ketika proses peredarannya. Bagaimanapun, telinga kita tidak mendengar bunyi yang dihasilkannya. Bumi kita juga menghasilkan bunyi yang kuat ketika berputar. Tetapi, Allah telah menjadikan telinga kita begitu ideal sehingga kita tidak dapat mendengar bunyi ini. Allah sentiasa memelihara kita. Kerana itulah, sepanjang hidup kita, Allah tidak membiarkan kita mendengar bunyi-bunyi yang mengganggu kita.
Kerana itulah kita perlu bersyukur kepada Allah di atas nikmatnya, Allah telah menjelaskannya di dalam ayat Al-Quran:
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Surah An-Nahl:78)

kulak
1. Kelepai Telinga
2. Rakap
3. Andas
4. Koklea
5. Tulang Tukul
6. Saraf Koklea
7. Gegendang Telinga
8. Salur Auditori
9. Tiub Eustachia
10. Cuping telinga
Ini adalah gambar rajah menunjukkan telinga dalam kamu. Cuping telinga kamu mengumpulkan bunyi, dan ia akhirnya sampai ke pusat pendengaran di dalam otak kamu dengan bergerak di dalam telinga kamu. Dan di sinilah berlakuknya proses pendengaran.

Jantung Kita Yang Tidak Pernah Penat

kalpçocuklar, deney, kalp
Bagi kita, jantung adalah organ asas. Ia berdenyut sekitar tujuh puluh dua kali seminit dan kira-kira empat puluh juta kali setahun. Untuk memahami bagaimana proses ini amat memeningkan, cuba buat genggaman dengan tangan kamu dan kemudian lepaskannya, kemudia teruskan membuat genggaman dan lepaskan. Berapa minit kamu dapat berbuat begitu?
Jantung kamu, yang bersaiz sebesar penumbuk kamu, berterusan melakukan aktiviti ini sepanjang hidup kamu tanpa merasa letih atau berhenti. Jantung kita tidak pernah berhenti walaupun ketika kita tidur. Jika merasa gembira, jantung kita akan berdenyut lebih pantas, dan ia berdenyut perlahan ketika kita berehat. Jantung kita melakukan penyenggaraan ini secara automatik ketika kita tidak menyedarinya.
kırmızı kan hücreleri
Sel-sel darah
Setiap kali jantung kita berdenyut, ia mengepam darah ke seluruh badan kita. Apa yang kita perlukan untuk hidup terdapat di dalam darah ini. Setiap sel kita menerima oksigen dan makanan yang diperlukan daripada darah. Jantung kita mengepam sekitar 43,000 liter darah setiap hari. Tahukah kamu berapa banyak darah ini? Ia mencukupi untuk memenuhi 150 tab mandian. Tidakkah kamu akan merasa penat sekiranya kamu cuba mengeringkan sebuah tab mandian dengan menggunakan sebiji cawan? Sekarang bayangkan bagaimana hendak mengeringkan air di dalam 150 tab mandian dengan sebiji cawan? Mungkin kamu tidak akan dapat melakukan tugas yang sukar ini. Bagaimanapun, jantung kita telah melakukan tugas ini dan telah melakukannya sejak kita dilahirkan dan akan terus melakukannya sehingga kita meninggal dunia. Lebih-lebih lagi, ia tidak pernah berhenti. Kamu, misalnya, pasti akan berehat ketika melakukan kerja-kerja berat. Kamu perlu berbaring, atau berehat, tetapi jantung kita tidak pernah letih, kerana ia merupakan keperluan kepada kita. Ia kecil tetapi tugasnya amat besar. Kerana itulah, Allah telah menjadikannya sedemikian rupa sehingga ia tidak pernah letih.
dolaşım sistemi
1. Jantung
2. Urat
3. Arteri
Tidak dapat dibayangkan sebuah bandar tanpa jaringan jalan raya, jalan keretapi atau jalan laut. Jaringan unik di dalam tubuh kamu membolehkannya berfungsi dengan sempurna. Iaitu pembuluh darah untuk sistem pengaliran darah. Di dalam pembuluh ini, darah mengalir sehingga jantung terus mengepam. Darah membawa bahan-bahan yang banyak daripada satu bahagian ke bahagian yang lain. Ia menyalurkan makanan secara berterusan ke setiap bahagian badan dan mengutip bahan-bahan buangan.

Tahukah Anda Terdapat Askar Di Dalam Tubuh Badan Yang Melindungi Kita Daripada Kuman?

mikrop
Tempat kita duduk, udara yang kita sedut, benda-benda yang kita pegang penuh dengan kuman dan virus, tetapi kita tidak dapat melihatnya. Kuman dan virus adalah organisma-organisma kecil yang menyebabkan penyakit di dalam badan manusia. Kita tidak dapat melihatnya tetapi ia boleh menyebabkan kita jatuh sakit dan hilang kekuatan.
Terdapat organisma-organisma lain yang kita tidak dapat lihat. Ia membentuk askar di dalam tubuh kita dan melindungi kita daripada kuman dan virus. Askar ini dikenali sebagai “Sistem Imuniti”.
Sistem imuniti kita terdapat di dalam darah. Sel-sel yang membentuk system imuniti kita dikenali sebagai sel darah putih.
Apabila musuh memasuki badan kita, darah kita bekerja seperti sebuah makmal. Ia dengan segera menghasilkan bahan-bahan khas untuk menentang musuh ini dan menghasilkan lebih banyak sel yang setanding dengan kekuatan musuh. Satu pertempuran sengit berlaku. Kadang kala tentera di dalam badan kita memenangi pertempuran ini tanpa kita menyedarinya dan kuman dan virus mati.
savunma sistemi
Kepentingan dan kegunaan vaksin: Kuman-kuman bahaya diberikan kepada tubuh setelah dilemahkan. Dengan cara ini, sel-sel imuniti akan dapat mengenalinya dan mengambil langkah untuk melindungi kamu daripadanya.

bebek evreleri
MusuhPenelanPengawalPembunuhKilangSenjataPenyekatMemori
Sel-sel darah putih, yang dianggarkan berjumlah lebih satu trilion, membentuk satu angkatan tentera moden. Setiap askar ini mempunyai tugas unik. Sebahagiannya mengesan jika terdapat benda asing di dalam aliran darah, yang membentuk bahan kimia untuk menghapuskan musuh dan askar yang lain pula menyerang musuh.

bağışıklık sistemi
Apabila satu virus memasuki badan, sel imuniti yang bertindak sebagai pengawal akan mengenal pastinya.
Sel pengawal ini akan memanggil sel imuniti dengan memberi amaran kepada mereka. Pada masa yang sama, senjata yang diperlukan telah pun dihasilkan.
Ketika virus-virus ini memasuki sel-sel badan untuk membiak. Sel imuniti membunuh sel-sel badan ini untuk menghapuskan virus ini. Hasilnya: Tubuh kita memenangi peperangan ini.

yaralı çocuk
While you wear a bandage to protect yourself, the soldiers inside you fight for you.
hasta kız
Kadang kala kita dapat merasai pertempuran ini. Kamu nyatakan bagaimana? Apabila kamu demam! Sudah tentu kamu pernah merasai demam mungkin beberapa kali. Iaitu ketika musuh kamu sedang bertempur dengan tentera di dalam badan kamu. Ketika di dalam pertempuran ini, badan kamu menggunakan seluruh tenaganya dan memerlukan lebih. Sekiranya kamu berlari, ketika badan kamu terlibat di dalam pertempuran, kamu akan menggunakan semua tenaga yang diperlukan oleh tubuh kamu untuk bertempur. Di dalam keadaan ini, tentera kamu akan tewas di dalam pertempuran ini dan kamu akan jatuh sakit. Bagaimanapun, apabila kamu demam, selalunya kamu berbaring untuk berehat, dan tentera kamu menggunakan semua tenaga yang ada. Dengan itu, tentera berkemungkinan untuk menang. Apabila suhu badan kita meningkat, badan kita memberikan isyarat “rehat”!
Tahukah kamu apa akan berlaku sekiranya kamu tidak mempunyai system imuniti ini? Sebaik sahaja kita dilahirkan, kuman pertama yang memasuki tubuh kita akan membunuh kita. Kerana Allah amat mengasihi hambanya dan mengambil berat terhadap semua manusia, Dia telah menjadikan semua manusia dengan system imuniti. Seperti yang kita kemukakan di awal buku ini, kita terhutang budi kepada Allah setiap saat kehidupan kita kerana dapat melihat benda-benda yang indah dan menikmati makanan yang lazat. Kerana itulah, kita perlu mengingati Allah setiap ketika dan berkata “Ya Allah, saya bersyukur di atas segala keberkatan yang Engkau berikan kepada ku”.